Watak sampingan Putera_Tenis

  • Sumire Ryuzaki (竜崎 スミレ) merupakan seorang jurulatih kelab tenis Seigaku dan bekas jurulatih kepada ayah Ryoma.
  • Sakuno Ryuzaki (竜崎 桜乃) adalah cucu kepada Sumire yang seolah-olah "jatuh cinta" kepada Ryoma kerana kemahiran tenis Ryoma. Sakuno seorang gadis pemalu yang mula menceburi tenis setelah digalakkan oleh pertemuan dengan Ryoma dan menjadikan Ryoma sebagai contoh untuk berusaha keras mengasah bakatnya.
  • Tomoka Osakada (小坂田 朋香) pelajar tahun pertama yang merupakan rakan karib Sakuno dan juga presiden Kelab Peminat Ryoma Echizen. Dia merupakan tomboy yang cergas, bising, suka mendesak, suka menyorak pasukan Seigaku dengan sekuatnya dan suka berkelahi dengan Satoshi.
  • Nanjiro Echizen (越前 南次郎) adalah ayah kepada Ryoma dan bekas pemain tenis profesional yang sekarang menjadi seorang rahib. Turut dikenali dengan gelaran "Samurai".
  • Nanako Meino (菜々子) merupakan sepupu Ryoma yang tinggal bersama Ryoma dan bapanya.
  • Mamoru Inoue (井上 守) adalah wartawan majalah Tenis Bulanan yang mengikuti perkembangan pasukan Seigaku dan juga peminat Nanjiro Echizen.
  • Saori Shiba (芝 砂織) adalah jurugambar majalah Tenis Bulanan yang mengiringi Inoue dalam mengikuti perkembangan Seigaku.
  • An Tachibana (橘杏): Adik kepada kapten kelab tenis Fudomine, Kippei Tachibana yang turut menyokong pasukan tenis abangnya, namun juga bergaul dengan ahli pasukan Seigaku. Dia juga pemain tahun kedua dalam kelab tenis perempuan Fudomine.